wordpress.com Sebagai Pengenalan Dan Latihan Mula

wpcom

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk menggunakan WORDPRESS dan mahu berkenalan dengan lebih lanjut bagimana CMS ini berfungsi, saya sarankan untuk anda mendaftar di www.wordpress.com. Dapatkan web worpress pertama anda secara percuma.

CMS yang digunakan disini adalah sama dengan wordpress versi download di www.wordpress.org. Apa yang membezakannya ialah anda tidak dibenarkan untuk mengubah atau meminda fail CSS. Rekabentuk template telah disediakan secara standard dengan citarasa yang diinginkan. Variasa pilihan rekabentuk template yang disediakan akan di kemaskini dan ditambah dari masa ke semasa.

Secara asasnya, WORDPRESS versi percuma ini sangat bagus untuk kawan-kawan memulakan latihan secara intensif dan mengetahui lebih lanjut bagaimana ia beroperasi sebelum kawan-kawan memulakan laman web atau blog pertama di server “self hosted” sendiri serta memiliki domain dot com anda sendiri.

Ikuti langkah berikut :

Langkah 1 : Akses ke www.wordpress.com dan pilih nama blog

wordpress mohdrazani step1

Langkah 2 : Daftar blog anda dengan mengisi maklumat di ruangan yang disediakan

wordpress mohdrazani step2

Langkah 3 : Isikan tagline anda

wordpress mohdrazani step3

Langkah 4 : Pilih theme/template yang diinginkan

wordpress mohdrazani step4

Langkah 5 : Pilihan template yang dipilih dipaparkan

wordpress mohdrazani step5

Langkah 6 : Kongsikan blog baru anda di Twitter atau Facebook

wordpress mohdrazani step6

Langkah 7 : Mulakan artikel pertama anda (pilihan)

wordpress mohdrazani step7

Langkah 8 : Sila sahkan pendaftaran anda melalui email yang didaftarkan

wordpress mohdrazani step8

Langkah 9 : Laman web/blog anda siap sedia untuk dioperasikan

wordpress mohdrazani step9

Langkah 10 : Ruangan admin / dashboard untuk dikendalikan

wordpress mohdrazani step10

Selamat mencuba !

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*