OPR: Duit dalam tangan bertambah

Bank Negara Malaysia Mohd Razani OPR

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia pada Rabu lalu peratus kepada 3.00 peratus, mengejutkan ramai penganalisis namun tindakan tersebut disambut baik oleh pengguna tempatan yang selama ini tersepit dengan kos hidup yang tinggi.

Pengurangan OPR memberi isyarat kepada bank-bank tempatan untuk mengurangkan kadar asas pinjaman (BLR atau BR) iaitu penetapan kadar faedah pinjaman kepada peminjam. Ia boleh mendorong hutang, kos pinjaman atau ansuran bayaran bulanan pinjaman dikurangkan.

Namun, pengurangan kadar faedah itu tertakluk kerana terdapat perjanjian pinjaman yang menetapkan bayaran kadar faedah, sekali pun OPR diturunkan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jayasiri Jayasena, penurunan OPR itu boleh meningkatkan permintaan domestik khususnya pinjaman pembelian hartanah dan juga kenderaan.

“Ia seterusnya boleh membawa kesan berantai kepada aktiviti ekonomi dalam negara. Pelarasan ini dibuat untuk meningkatkan lagi permintaan domestik,” katanya kepada pembe­rita di sini.

Pengurangan OPR merupakan langkah kedua yang dilancarkan oleh peringkat pusat selepas kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengurangkan kadar caruman masing-masing pada awal tahun ini, dengan harapan lebihan tunai dalam tangan rakyat bakal meningkatkan permintaan domestik.

Namun kali ini, antara alasan BNM paling mudah untuk menurunkan OPR ialah disebabkan prospek eksport Malaysia yang berisiko untuk terjejas memandangkan pertumbuhan di negara-negara maju yang hanya bersifat sederhana.

BNM juga menjelaskan, tindakan menurunkan OPR itu boleh dilakukan kerana inflasi domestik dijangka lebih terkawal memandangkan kesan kenaikan harga barang hasil pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April 2015 mulai perlahan, serta harga komoditi terutamanya minyak yang kekal rendah.

Bagaimanapun, pelarasan da­ripada 3.25 peratus menjadi 3.00 peratus bukanlah kadar yang paling rendah. Antara 2004 hingga 2016, OPR paling rendah ditetapkan ialah 2.00 peratus sekitar lewat 2009 hingga awal 2010 kesan kelembapan ekonomi akibat krisis hutang global yang turut memberi tempias kepada ekonomi Malaysia.

Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/opr-duit-dalam-tangan-bertambah-1.354762

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*