KWSP : Apakah Simpanan Shariah?

mohdrazani dot com kwsp intro

Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip Syariah.

Ciri-ciri Utama Simpanan Shariah:

  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

Nota Penting

Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.

Bagaimanakah cara ahli memilih Simpanan Shariah?

Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli. Pendaftaran akan bermula dari 8.8.2016.

Apakah yang perlu dibawa untuk permohonan?

  1. MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)
  2. Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
  3. Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan

 

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*