Tanah Kubur Yang Dibacakan Surah Al-Qadr 7 Kali Siri 1

mohd razani wordpress tanah kubur mufti wilayah

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-121 : KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pandangan dan pendapat semua pihak, maka kami katakan seperti berikut:

Pertama: Amalan ini dilakukan oleh sebahagian kecil sahaja orang-orang soleh terdahulu. Sedangkan, kebanyakan ulama-ulama terdahulu tidak melakukannya seperti yang dimaklumi.

Kedua: Amalan yang disandarkan kepada athar dan juga hadith adalah tidak sahih qiyasnya. Sebaliknya dalil yang nyata seperti qaul Ibn Umar R.Anhuma menyatakan sebaliknya.

Ketiga: Menjanjikan fadhilat selamat daripada azab kubur amat perlu kepada dalil yang qati’e dan sahih. Justeru, dalam isu ini tidak terdapat dalil yang sahih.

Keempat: Berpandukan kepada dalil yang sahih daripada Al-Quran dan al-Hadith adalah perbuatan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi pegangan umat Islam.

Akhir kalam, kami menyeru kepada semua pihak agar mengambil agama dari sumber yang sahih dan menjarakkan daripada sumber yang kabur dan keliru. Cukuplah kita mengamalkan amalan yang warid dalam al-Quran dan hadith agar amalan kita benar-benar menepati neraca syariah dan diterima oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.

Sumber : https://www.facebook.com/drzulmuftiwp

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*