Idea Bisnes : Bisnes‬ Membantu Menyelesaikan Masalah Pengguna

mrm003

Idea Bisnes | Hari ini dah masuk bulan Zulkaedah…maknanya dah habis lah raya ya! Pagi tadi saya ke Pasar Tani Padang Jawa menemankan isteri yang nak mencari pegaga katanya. Saya hanya terfikir nak cari buah segar jer sebab sekarang ni tgh musim buah.

Kami datang agak lewat, pasar pun dah nak tutup. Lalu jer depan gerai buah, si penjual menawarkan saya buah manggis dengan harga RM5 untuk 3 kg. Antara rambutan dan durian, manggislah yang saya tak berapa nak makan puas lagi. Saya minta terus 3kg. Bila ditimbang ada baki lagi selonggok kecil diatas meja… si penjual kata … ambil semulah … bayar jer RM5. Alhamdulillah…. dapat manggis lebih dengan harga sama. Moga si penjual murah rezekinya.

Saya tak punya pokok mahupun kebung manggis. Manggis yang saya beli ini pun katanya datang dari Johor. Pekebun telah membuat pengeluaran dan peraih telah membawa jualnya di Lembah Kelang .. dan penjual telah menyelesaikan/membantu saya yang ingin makan buah manggis.

Dua perkara saya belajar hari ini tentang bisnes :

‪#‎Sadaqah‬ dalam bisnes

‪#‎Bisnes‬ membantu/menyelesaikan masalah pengguna

Nota : Kalau saya nak buat bisnes , apa permintaan kawan2 yang boleh saya bantu?

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>