Emas Pelindung Kekayaan

Gerila Emas - Emas Pelindung Kekayaan
Emas Pelindung Kekayaan ( Wealth Protector )

 

Emas Pelindung Kekayaan ( Wealth Protector )

 Beli emas bukan sekadar “buy low sell high”. Itu hanya bersifat sementara sahaja. Kuasa sebenar emas jauh lebih besar dari itu.

 Negara-negara kuasa besar dunia jadikan emas sebagai rizab terbesar negara dan tak pernah risau harga emas jatuh, sedangkan negara-negara kecil macam Malaysia simpan kertas hijau (US Dollar) sebagai rizab terbesar negara.

 Bila berlaku ketidakstabilan ekonomi negara atau dunia, negara kecil akan lingkup dulu sedangkan negara besar yang ada rizab emas senang bangkit semula.

 Itulah yang dimaksudnya emas sebagai “WEALTH PROTECTION – PELINDUNG KEKAYAAN”.

 Bukan semua wang kertas kita perlu ditukar kepada emas. Bak kata Azizi Ali (Pakar Kewangan Malaysia), beliau menyarankan agar 10% daripada kekayaan kita ditukar kepada emas agar ia dapat bertindak sebagai pelindung kekayaan kita.

 Berapa banyak, saya serahkan kepada pembaca kerana ia tidak terhad, ada sahaja pihak yang menyarankan agar ditukar 30% daripada nilai kekayaan kita kepada emas, bahkan ada yang sebut 50%.

 Maka, terserahlah pada setiap individu, berapa banyak yang ingin dijadikan ejen pelindung kekayaan kita.

 Pokoknya, simpan emas tetap simpan emas. Jom bermula segera. Saya bersedia sebagai pemudahcara untuk membantu anda semua dapat menyimpan emas fizikal sebagai pelindung kekayaan yang sebenar.

Mohd Razani & Wan Nuraini Wan Adnan
Public Gold Authorised Dealer – PG018539
Whatsapp : 011-21207561

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*