Cerita Tentang Mohdrazani Dot Com

Nama saya Mohd Razani dan saya telah mewakilkan blog ini sebagai pengganti diri untuk beriteraksi dengan rakan-rakan sekelian. Blog ini adalah satu medium perkongsian santai berkenaan diri saya dan juga aktiviti-aktiviti santai saya sebelum ini. Perkongsian santai ini akan memfokuskan kepada tiga perkara iaitu tentang pembangunan laman web, kerja-kerja grafik dan juga fotografi sebagai elemen pembangunan media.

Perniagaan Emas Dan Perak Public Gold

https://www.mohdrazani.com/simpanemas

Sila klik pada gambar atau link untuk ke laman simpan emas dan perak yang saya bangunkan sebagai medium perkongsian informasi terkini tentang aktiviti saya dengan perniagan Public Gold.

Pembangunan Laman Web

Saya membangunkan laman web dengan asas HTML. Selepas teknologi CMS muncul, saya mula memberi fokus kepada WORDPRESS. Saya memilih WORDPRESS kerana ianya ringkas, mudah dikendalikan dan mampu memberikan hasil kerja yang memuaskan. Walaupun ianya dibina sebagai CMS untuk menghasilkan blog, tetapi sebenarnya ia berkuasa lebih dari itu dan boleh diolah untuk tujuan-tujuan laman web yang lain.

Kerja Grafik

Skop kerja grafik amat luas dan terlalu subjektif kerana ianya melibatkan idea-idea kreatif yang tiada batasnya. Apa yang akan saya kongsikan berkenaan grafik antaranya ialah grafik berasaskan vektor, grafik web dan grafik korporat dan bagaimana ianya dapat dimanfaatkan bagi penggunaannya yang meluas  di media sosial pada masa ini.

Fotografi

Saya amat meminati bidang fotografi sejak dari kecil lagi.  Blog ini akan memaparkan hasil kerja foto yang saya hasilkan dari semasa ke semasa. Juga tidak lupa tentang beberapa tips untuk hasil kerja foto yang memuaskan.

Blogger

Laman ini juga akan memuatkan artikel-artikel yang saya sunting kongsi dari sumber-sumber web yang lain dan juga nukilan dari penulisan saya sendiri. Antara topik-topik yang menjadi pilihan saya adalah berkenaan dengan aktiviti pemasaran, perniagaan, keusahawanan, pengiklanan, dunia kewangan semasa, dunia Islam semasa, info pelaburan dan simpanan emas.

Semoga apa yang saya kongsikan di laman mohdrazani.com ini dapat memberi manfaat untuk anda semua.

Terima kasih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*