Bagaimana Memulakan Laman Web WordPress Pertama Anda

mohd razani wpbanner

1. Muat turun file CMS WordPress

Pertamanya, muat turun arkib fail WordPress. Versi terbaru fail WordPress terletak di laman web rasminya seperti berikut :

http://wordpress.org/download/

Pilih tema (Theme / template ) yang anda suka untuk digunakan pada web anda nanti serta muat turun fail WordPress pada masa yang sama.

2. Pasang (Install) WordPress dan Tema (Template)

Maklumat dan arahan tambahan berkenaan pemasangan WordPress boleh di akses pada pautan berikut : http://codex.wordpress.org/Installing_WordPress.

3. Tetapkan Tema Web Anda

Berikut adalah beberapa cadangan untuk mempercepatkan permulaan tema laman web anda ;

a. Tukar Logo Laman Web

Sekiranya ada tidak mempunya logo, cukup sekadar meletakkan nama web dan juga “tagline”.

b. Menetapkan Kandungan “Sidebar”

“Sidebar” atatupun kandungan sisipan tepi merupakan ruangan yang disedikan untuk membolehkan maklumat-maklumat tambahan di paparkan seterusnya memudahkan akses ke pautan tertentu. Hanya dengan sentuhan ringkas “widget” di ruangan Dashboard Admin, ianya siap sedia untuk dipaparkan.

c. Menetapkan Menu Laman Web

Pada versi WordPress yang terdahulu, menu akan terhasil secara automatik apabila anda membuat halaman khusus yang baharu tentang laman web anda. Setelah beberapa versi yang terkini, menu web boleh ditentukan sendiri ke pautan yang anda inginkan.

d. Tambah Halaman Perhubungan (Contact)

Satu laman web yang baik ialah laman yang menyediakan ruangan komunikasi dua hala dengan mengujudkan halaman perhubungan (contact). Ini bagi memudahkan proses rujukan sekiranya ada sebarang komen, pertanyaan dan juga respon balas berkenaan laman web anda.

e. Menetapkan “Banner” dan “Slider” ( Sekiranya Ada )

Tidak semua tema menyediakan ruangan “banner” dan juga “slider”. Sekiranya ada, ia adalah antara elemen asas yang perlu di pasang dilaman web anda kerana ianya memberikan satu sudut pandangan pertama yang baik untuk web anda.

4. Pengaktifan Tema ( Sekiranya Ada )

Sebarang penggunaan tema yang di muat turun percuma atau fasa percubaan, ianya tidak memerlukan kod pengaktifan dari pihak pembangun tema tersebut. Tetapi pada sesetengah tema berbayar, ianya memerlukan kod pengaktifan lesen untuk menggunakannya. Sebelum anda menggunakan mana-mana tema yang dipilih, sila baca dengan teliti “term & condition” yang kebiasaanya disertakan sekali sebelum anda muat turun mana-mana tema yang dipilih.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*