Tanah Kubur Yang Dibacakan Surah Al-Qadr 7 Kali Siri 3

mohd razani wordpress tanah kubur dr rozaimi

Ramai yang bertanya saya tentang kesahihan amalan ini. Saya katakan:

1. Saya tidak tahu asalnya. Akidah agama ini berdiri di atas dalil. Bukankah masa berteori kita katakan masalah akidah mesti dalilnya mutawatir manakala hadis ahad yang sahih sahaja tidak cukup? Tetapi mengapa dalam bab praktikal, perkara yang tidak jelas dalil pun kita sapu habis seolah ia ada dalil?

2. Azab kubur ini isu ghaib. Sejak bila nenek moyang kita tahu benda ghaib selain dari pimpinan wahyu? Jika ada dalil saya mohon kemukakan.

3. Ia bukan isu ingin berbalah atau tidak. Ia isu ingin menjaga disiplin agama. Saya bimbang nanti ada orang dakwa: “lempang ustaz ini akan dapat lepas dari azab kubur dan azab neraka”. Bila orang persoalkan dalil nanti dia jawab pula: “Jangan berbalah, siapa nak buat silakan”. Sedangkan tiada dalil sebut demikian.

4. Nasihat saya. Berdisiplin lah dalam agama ini. Ia ada pemiliknya. Jangan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu tentangnya. Telinga, mata dan jiwa semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti. [Surah al-Isra’: 36] Bertaqwalah wahai ustaz.

Sumber : https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/photos/a.1032615256765974.1073741827.1032611520099681/1338120556215441/?type=3&theater

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*