Sikap Kita Terhadap Isu Semasa Turki

mohd razani turki turkey coup 2016 unisel ahmad azam

Bagaimana umat Islam harus bersikap dengan Presiden Recep Tayyib Erdogan buat masa ini.

Pertama, Husnu Zhann atau bersangka baik dengan beliau dulu. Jangan terlalu gopoh dan ingin nampak lebih tahu sedangkan sumber kamu hanya dari Internet dan Media.

Media dunia ( Baca Barat) sedang menyerang beliau dengan menggambarkan Erdogan sebagai seorang diktator, hendak kembali menjadi Sultan Uthmaniyyah yang ditakuti mereka, bakal membawa Turki ke zaman gelap, boros dan segala-galanya jelek dan menjijikkan.

Coup d’etat 15 Julai 2016 adalah untuk membunuh Erdogan. Ini sudah terang, apalagi nak bersuluh!

Mengapa Erdogan nak dibunuh?

Kerana nak kembali kepada Islam.

Kerana ekonomi Turki semakin mencabar kekuatan ekonomi Barat.

Kerana menyuburkan semangat Ummatik, Biz Bir Ümmetiz, Kita Satu Umat. Pelarian Syria dilindungi, Rohingya dibela, Palestin dibantu, Somalia dibangun antara contoh.

Kerana Turki dibawah Erdogan mempunyai visi untuk kembali menjadi kuasa Islam yang kuat yang tak mudah dibuli dan dihina.

Jadi, kalau anda nak kritikal pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai menimbulkan kebencian kepada Erdogan sebagaimana yang diingini oleh musuhnya.

Memang Erdogan punya kelemahan di sana sini. Beliau membesar di KasimPaşa, pinggiran Istanbul yang sosok penduduknya terkenal sebagai kaki gaduh. Keberanian inilah yang mewarnai kepemimpinan Erdogan.

Erdogan bukan maksum. Tapi carilah kalau ada pemimpin dunia Islam yang berani macam dia. Punya visi macam dia. Membangunkan negara macam dia. Membantu umat Islam tertindas macam dia. Cuba nama seorang pemimpin kalau ada!

Aku doakan Erdogan terus diberi hidayah dan kekuatan oleh ALlah SWT. Inilah sepatutnya orang Islam bersikap dengan Erdogan yang sedang bergelut menyelamatkan Turki dari dihancurkan dari dalam dan dari luar.

Aku isytiharkan hari ini ‘Aku fanatik dengan Erdogan.’

Ini antara intipati yang aku bicarakan semalam di UNISEL.

Laungan Ummati,

BIZ BIR ÜMMETIZ, KITA SATU UMAT, WE ARE ONE UMMAH, WAHDAH! WAHDAH! ISLAMIYYAH !

Sumber : https://www.facebook.com/ahmad.a.rahman.5

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*