Bina Laman Web Semudah ABC

bina web semudah abc

WordPress | Hanya semudah ABC untuk membangunkan laman web sendiri. Bermula dengan mendapatkan domain & hosting, langkah seterusnya adalah memasang CMS ( WordPress, joomla, drupal dll ). Secara asasnya, blog atau web anda telah boleh dioperasikan dengan template yang paling minima.

Tidak perlu pening dan runsing soal pengaturcaraan program seperti HTML, CSS, PHP, Pearl, CGI dan sebagainya kerana segalanya telah di rangkumkan dalam CMS yang anda pasang.

Apa yang perlu anda ada hanyalah “user ID” dan juga kata laluan. Setelah log in, anda boleh terus muat naik apa2 foto dan artikel.

Untuk nampak lebih bergaya, anda boleh memilih salah satu dari jutaan template yang ada di alam maya. Contohnya, Google sahaja perkataan ” download wp template”. Pilihlah corak dan bentuk template yang menajdi idaman hati.

Mudah bukan untuk membina dan mengendalikan laman web sendiri. Tunggu apa lagi … binalah blog atau web pertama anda hari ini juga.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Daftar Email Untuk Artikel Blog Terkini

Kemaskini artikel-artikel terkini dari mohdrazani.com terus ke email anda!




Loading...