Bank Negara Malaysia Kurangkan Kadar Faedah (OPR)

Bank Negara Malaysia OPR Mohd Razani

Jadi, dah dengar kot semalam cerita Bank Negara potong kadar faedah (interest rate). Memang sebelum ni orang cakap-cakap dah akan ada potongan. Tapi pasaran menjangkakan ia akan berlaku semasa mesyuarat bulan September nanti.

Tup tup, mesyuarat semalam dah potong. Hmm. Boleh tahan juga gabenor baru kita ni.

Bandingkan dengan gabenor Zeti dulu, dia akan bagi tanda-tanda sebelum dia laksanakan apa-apa. Gabenor baru ini terus je. Tak ada hint-hint. Sebab itu pasaran terkejut. Tak apa. Memang stail dia macam itu agaknya.Ok. Jadi semalam Bank Negara potong kadar faedah sebanyak 25bps. Dari 3.25% kepada 3.00%. Positif ke negatif?

Bergantung pada siapa yang bertanya.

1. Kadar Faedah Rendah Bermakna Kos Pinjaman Lebih Rendah

Untuk ‘marhaen’ macam kita, kadar faedah yang lebih rendah = kos pinjaman yang lebih rendah.

Faedah untuk pinjaman akan lebih rendah lepas ni. Aku tak pasti kuantum dia banyak mana, tapi akan ada penurunanlah. Kamu semua yang kaki kumpul harta, yang rumah main juta-juta tu, banyaklah kot kurangnya bayar bulan-bulan lepas ni.

Macam itu juga dengan pinjaman kereta. Aku tak tahu sangat tentang bank komersil, tapi sepatutnya pinjaman kereta akan jadi lebih rendahlah (untuk pinjaman baru). Sewa-beli yang sedia ada tak ada kesan rasanya, sebab dah muktamad. Tak nak beli Civic baru ke?

Tapi untuk pelabur, berita pemotongan kadar faedah ini tak syok sangat pada mereka . Sebab bank akan rendahkan pulangan pelaburan.

Katalah sebelum ni kalau buat placement, dapat 3.40% (p.a.). Bila kadar faedah dipotong, pulangan akan jadi lebih rendah, contoh 3.00% (p.a.) saja. Bayangkan kalau kita labur RM2-3 juta. Banyak jugak yang kita dah rugi tu kan?

Itu untuk soalan positif atau negatif berita ini.

2. Sebab Bank Negara Menurunkan Kadar Faedah

Soalan seterusnya, kenapa Bank Negara potong kadar faedah? Why?

Pertama sekali, kita kena tahu prinsip asas ini—kalau ekonomi bagus, berkembang terlalu pesat, kadar faedah akan dinaikkan.

Tapi kalau ekonomi berkembang lembab, kadar faedah akan dikurangkan. Kaitan dia macam ini.

Bila ekonomi terlalu pesat -> company/kilang untung banyak -> gaji pekerja naik, bonus 24 bulan -> apa akan jadi? Semua orang akan ada banyak duit. Bila duit terlalu banyak dalam pasaran, nilai duit jadi macamana?

Nilai duit akan jatuh. Itu yang kita panggil inflasi.

Sebab semua orang ada duit. Lepas tu, peniaga akan buat apa?

Peniaga akan naikkanlah harga. Ala-ala macam bidaanlah. Sapa yang ada duit lagi banyak, dialah yang dapat beli barang. Hasilnya, harga barang naik lebih tinggi.
Jadi, antara cara untuk kawal inflasi, adalah dengan menaikkan kadar faedah.

Macam aku cakap tadi, kadar faedah tinggi = kos pinjaman lebih tinggi
.
Orang akan mula kawal perbelanjaan. Nak buat pinjaman pun pikir dua kali, sebab faedah dah mahal. Yang rasa tak payah tu, batalkan saja terus, tak jadi pinjam.

Orang akan mula simpan duit. Labur balik sebab macam contoh aku bagi tadi, pulangan pun akan dilaraskan jadi lebih tinggi.

Okay?

Itu cerita macamana nak tangani kalau ekonomi kita berkembang pesat.

Kita terbalikkan pula.

Kalau ekonomi kita makin perlahan?

Terbalikkanlah. Rendahkan kadar faedah balik.

Bila kos pinjaman rendah, nanti adalah yang gatal nak beli kereta baru, nak buat pinjaman untuk besarkan dapur, mulakan bisnes baru dan sebagainya.

Maknanya apa? Semua aktiviti ni akan merangsang balik ekonomi yang perlahan tadi. Penjual kereta dapatlah komisyen bila kereta ada orang beli. Kontarktor adalah kerja bila kita suruh ubahsuai dapur.

Nampak tak?

Dan itulah yang berlaku sekarang.

Turunkan kadar faedah ni adalah salah satu cara nak galakkan kita untuk berbelanja. Langkah lain kita dah buat, contohnya bagi BR1M, kuatkuasakan gaji minimum, naikkan gaji penjawat awam, bagi bonus pula lagi, rendahkan sumbangan bulanan pada EPF, semua tu sebab nak bagi wang tunai di tangan kita, untuk kita belanja (merangsang ekonomi).

Kot-kotlah masih ada yang tak perasan, ekonomi kita makin perlahan sekarang. Kayu ukur paling mudah adalah GDP (gross domestic product). Googlelah. Jenuh kalau semua aku nak terangkan di sini).

1Q 2015: 5.7%
2Q 2015: 4.9%
3Q 2015: 4.7%
4Q 2015: 4.5%
1Q 2016: 4.2%

Nampak tak trend sejak setahun yang lepas? Ya. Makin lama makin rendah. Untuk GDP 2Q 2016, Bank Negara akan umum 12 Ogos nanti. Dok rasa sekitar 4.0% saja.

Sekarang, dengan historical GDP figure di atas ini, kita tahu ekonomi kita memang makin lembap.

Kaitkan balik dengan yang aku tulis di atas tadi. Bila ekonomi perlahan?

Pandai. Kita turunkan kadar faedah. Untuk makluman, paling rendah, kadar faedah kita pernah turun sehingga 2.0% (zaman gawat 2008-2009 dulu).

3. Apa yang patut kita beri perhatian? 

Cuma yang kita khuatir sekarang, memang kos pinjaman jadi murah, tapi kadar kelulusan pinjaman macam mana pula? Sebagai contoh, kalau tengok statistik (malangnya saya tak dapat kongsi cartanya di sini), kelulusan permohonan kad kredit dah jatuh sekitar 40% saja (berbanding 80% pada tahun 2014). Maknanya makin ramai orang tak layak nak dapat kad kredit/pinjaman. Yang ni mungkin boleh dikaitkan dengan hutang isirumah pula. Masing-masing dah banyak komitmen hutang. Tak layak nak buat pinjaman baru. Jadi tak guna juga kalau kadar faedah rendah, kita tak layak nak gunakan, kan?

Ha. Apa macam? Rasa terukkah ekonomi kita bila baca ini? Haha.

Tetapi, untuk berlaku adil, kita tengok orang lain sama.

Memang satu dunia pun macam inilah patternnya. Kalau kita rasa ekonomi kita teruk, banyak lagi negara yang lagi teruk depa punya kemerosotan. Ada yang berisiko nak kagawatan pun ada. Aku pernah tulis bukan tentang kadar faedah negatif hari itu? Yang tak baca lagi, pergi cari.

Baru-baru ni Dana Wang Antarabangsa (IMF) turunkan ramalan GDP untuk Eurozone (bagi 2016) dari 1.7% kepada 1.6%. (Ha, cuba banding dengan GDP kita. Sebab tu aku kata perkembangan ekonomi kita sekitar 4.0% itu ‘okay’ lagilah). Sebelum tu IMF downgrade US economy, from 2.4% to 2.2%.

Nampak tak GDP orang lain macamana? Terukkan? Sebab tu bank pusat negara masing-masing sepakat turunkan kadar faedah sekarang. Sebut saja di mana. Singapura, Indonesia, Thailand, Philippines, Korea, Japan, semua turunkan kadar faedah.

Hm. Panjang dah ni. Cukup la dulu kot. Kalau kamu semua tak muntah, lain kali aku tulis lagi.

Nota tambahan:

Kalau rajin, boleh baca statement yang Bank Negara keluarkan semalam. Google saja “BNM MPC statement”. Nanti keluarlah.

4. Kesan Brexit pada ekonomi negara

Tentang kesan Brexit pula, nak kata kesan secara langsung pun tidak juga. Sebab export kita ke UK sedikit saja (1.1%).

Tapi memandangkan Brexit itu beri kesan kepada EU, tentang ini yang mungkin ada impak juga pada kita. EU ialah export tiga teratas (kot) kita. Banyak juga yang kita jual di sana. Jadi bila permintaan (barangan kita) di sana rendah, kita pun kena jugalah tempias di sini.

Walau begitu, Pound 5.22 sekarang (vs. sebelum Brexit 5.93). Boleh lagi nak pergi jalan-jalan di sana. Hehe.

Pasaran menjangkakan penurunan lagi 25bps tahun ni. Tahun ini ada dua mesyuarat lagi. September dengan November.

Sekian.

Siapa baca sampai habis, komen “Aku hensem” or “Aku cun”.

Kamu semua memang best. Tak sia-sia aku tulis panjang-panjang. Haha.

Sumber:

  1. Faiz Pire
  2. http://amazingnara.com/penurunan-kadar-faedah-oleh-bank-negara-malaysia-ialah-untuk-merangsang-ekonomi-yang-lembap/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Daftar Email Untuk Artikel Blog Terkini

Kemaskini artikel-artikel terkini dari mohdrazani.com terus ke email anda!




Loading...