3 Cara Untuk Supaya Proses Pembelajaran Tidak Terhenti

Jangan berhenti belajar sahabat! Inilah yang saya faham dan akan saya kupas hasil dari pemikiran hebat Brian Tracy. Sekiranya kita mahu terkehadapan didalam persaingan, kita hendaklah SENTIASA mempelajari sesuatu yang baharu di dalam bidang kita. Sebab mengapa ramai di kalangan kita tidak mencapai target dan matlamat di dalam kerjaya ialah kita sering merasa selesa dan sudah cukup hanya dengan satu pencapaian dari apa yang kita pelajari untuk berada di kedudukan yang kita kecapi sekarang. Tetapi sepatutnya kita tidak boleh begitu!

Terus belajar tentang sesuatu adalah keperluan minima untuk berjaya.

Seperti yang saya katakan, setiap industri sedang berkembang dengan cepat dan konsisten; strategi sentiasa berubah, jumlah data untuk di analisa sedang berkembang, dan persaingan semakin menjadi lebih mencabar dan agresif. Ini bermakna ilmu dan skil juga harus berterusan dipertingkatkan untuk kita berada kekal diatas dan kehadapan. Kebolehan kita untuk mengembangkan minda dan dan juga usaha-usaha untuk pembelajaran jangka panjang adalag sangat-sangat kritikal untuk berjaya. Dengan menjadikan diri kita untuk terus belajar dan menimba ilmu serta skil, kita mampu menghadapi walau apa jua cabaran dalam hidup. Kesemua ini perlulah seiring dengan KOMITMEN.

Ada tiga (3) jenis pembelajaran yang boleh kita dapatkan bagi membantu diri kita sendiri untuk menjadi “STUDENT OF LIFE” :

Pembelajaran Penyelenggaraan (Maintenance Learning)

Pembelajaran jenis ini adalah untuk memastikan diri kita tetap relevan dan terkini didalam bidang semasa. Contoh untuk pembelajaran jenis ini adalah seperti kita memeriksa laporan harga saham setiap hari untuk mencari harga-harga saham dari pelbagai instrumen saham dan sekuriti. Maklumat ini tidak memberi nilai tambah kepada ilmu syarikat, perniagaan, pasaran, atau potensi-potonsi pelaburan untuk setiap saham, tetapi ianya mengekalkan kelajuan dan pencapaian untuk bergerak.

Dengan kita melakukan pembelajaran jenis ini samalah seperti kita melakukan senaman yang ringan. Ianya tidak meningkatkan tahap kecergasan kita, tetapi ia akan mengekalkan bentuk kecergasan semasa.

Pembelajaran Pertumbuhan (Growth Learning)

Pembelajaran jenis ini meningkatkan ilmu dan kemahiran terhadap sikap dan kelakuan yang tidak kita miliki yang membolehkan kita melakukannya hari ini tetapi tidak di masa terdahulu. Kita bersyukur untuk hidup di dalam satu masa dengan dengan ramai pemimpin-pemimpin yang berfikiran inovatif, menjadikan bahan-bahan pembelajaran berterusan tidak sukar untuk diperolehi.

Kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dengan membuat carian secara maya (online) dengan pantas seperti podcasts, blog, buku, kursus maya dan sebagainya. Ini semua dapat memberikan kita idea-idea baru yang sangat hebat.

Pembelajaran Mengejut (Shock Learning)

Pembelajaran jenis ini adalah berlawanan dengan aliran ilmu atau fahaman yang sedia kita miliki. Ia boleh menjadi satu niali yang sangat hebat sekiranya kita bertindak dengan ilmu atau skil seperti ini. Kejutan boleh memberikan kita nilai dalaman yang sangat hebat yang membolehkan sama ada kita mengambil peluang semasa proses perubahan yang besar atau hanya bertahan untuk tidak berbuat apa-apa ketika sesuatu berlaku.

Sebagai rumusan dari artikel ini, saya mencadangkan agar perkara-perkara berikut dapat difahami dan di praktiskan dengan serta merta :

  1. Membaca sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk bidang pilihan kita. Sejam sehari akan diterjemahkan kepada sekurang-kurangnya satu buku seminggu dan 50 buku untuk 12 bulan seterusnya.
  2. Membaca dan melanggan bahan penerbitan kormesil yang mengandungi artikel-artikel dan cerita-cerita yang berkaitan dengan bidang kita, seperti Forbes, Fortune, Business Week, The Wall Street Journal. Satu idea yang bagusnya ialah untuk kita menghasilkan persaingan yang kompetitif.
  3. Melabur 3% dari pendapatan untuk kita mendapatkan semula peningkatan ilmu dan terus maju kehadapan untuk kemajuan diri. 3% dilihat seperti tidak banyak, tetapi kesannya terhadap hidup dan kerjaya kita amat luar biasa.
  4. Membaca buku yang di tulis oleh pakar dalam bidang kita. Kita hanya perlu membaca buku yang ditulis oleh pengamal-pengamal yang aktif dalam bidang bidang mereka.
  5. mengambil kursus yang khusus untuk mempelajari bagi mempercepatkan penghadaman terhadap apa yang kita baca dan amalkan. Kita akan belajar bagaimana untuk membaca lebih bahan bacaan 2 jam sehari berbanding yang orang lain dapat dalam seminggu.

Dimanakah kita dalam tempoh 5 tahun lagi?

Masih ingatkah lagi semasa di sekolah dahulu guru akan bertanya apa kita nak jadi bila dewasa kelak? Jadi, sekarang saya tanyakan soalan yang sama kepada sahabat-sahabat semua, sebagai pelajar sepanjang hayat ; bagaimanakah kita melihat kehidupan kita berubah selepas kita komited kepada kehidupan yang melalui pembelajaran secara berterusan sepanjang hayat ( continous learning) ?

Add Comment

Required fields are marked *. Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>